Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S20 Ultra 5G Kini Ditawarkan Dalam Warna Putih Di Malaysia

Link Copied!

Samsung Galaxy S20 Ultra kini ditawarkan dalam warna Cloud White di Malaysia. Sebelum ini ia hanya ditawarkan dalam warna Cosmic Gray dan Cosmic Black di Malaysia. Dari segi spesifikasi tidak penambahbaikan ditawarkan pada peranti dengan warna baharu ini.

Ia masih lagi dilengkapi skrin 6,9″ Fluid AMOLED WQHD+, dijana cip Exynos 990, memori 12GB RAM, storan 128GB, kamera utama 108+12+48+0.3 megapixel, kamera swafoto 40-megapixel dan bateri sebesar 5000 mAh. Ia mampu melakukan zum sehingga 100X menerusi mekanisme periskop yang disertaan, Harga jualan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G di Malaysia dalam warna Cloud White ialah RM4999 sebuah.


Komen ()