Siri Samsung Galaxy S20 Menerima Kemas kini Membaiki Fokus Jarak Dekat

Diterbitkan pada Mei 22, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung mula memberikan kemas kini kepada pengguna di Korea Selatan dan Eropah. Menerusinya penambahbaikan fokus jarak dekat akhirnya diberikan kepada Galaxy S20 Ultra. Ini ialah masalah yang kerap menjadi rungutan pengguna, Objek di dala jarak 10cm sukar untuk difokus menghasilkan imej yang kabur,

Selain itu kemas kini turut mempercepatkan lagi sistem pengimbas cap jari bawah skrin, penambahbaikan sistem pembesar suara stereo dan juga tampalan sekuriti ke bulan Mei 2020 pada Galaxy S20, Galaxy S20+ serta Galaxy S20 Ultra,. Saiz muat turun adalah sekitar 400 MB dan pada waktu ini masih belum diterima Galaxy S20 Ultra di Malaysia. Sejak dilancarkan sudah tiga kemas kini diberikan oleh Samsung untuk menambah baik kemampuan kamera.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami