Instagram Kini Menyokong Panggilan Video Sehingga 50 Peserta

Instagram Kini Menyokong Panggilan Video Sehingga 50 Peserta

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Kemas kini terbaru pada aplikasi Instagram kini ternyata membawakan satu fungsi menarik. Melaluinya, Instagram kini telah mendapat sokongan aplikasi Messenger Rooms yang membolehkan pengguna membuat panggilan video secara berkumpulan sehingga 50 orang.

Untuk keselamatan, pengguna juga boleh ‘mengunci’ ruang panggilan video berkenaan sekiranya ingin mengehadkan bilangan ahli terlibat. Bagaimanapun, ahli kumpulan terlibat masih boleh meninggalkan panggilan video berkenaan pada bila-bila masa sahaja meskipun ruang tersebut dikunci.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu memastikan aplikasi Instagram mereka telah menerima kemas kini yang terkini. Kemudian, klik pada pada Direct Message dan ikon video pada sudut kanan atas. Pilih rakan yang ingin diajak berborak dan klik pada pautan “Join Room” untuk memulakan perbualan.



TIPS & ULASAN