Akibat pandemik Covid-19, waktu operasi dan cara operasi Grab atau GrabFood telah berubah. Pada awal PKP, masa operasi adalah amat terhad dan hanya baru-baru ini sahaja pelbagai tempahan dari Grab sudah mula beroperasi sehingga lewat malam.
Terkini, Grab telah bekerjasama dengan Google untuk GrabFood Delivery Doodles. Ia adalah satu “permainan” yang mana membenarkan anak-anak anda melukis makanan dalam aplikasi Grab di bahagian GrabFood dan akan berubah menjadi tempahan makanan. Gambar yang dilukis akan dikenalpasti oleh sistem pembelajaran mesin dari Google. Ia mempunyai 10,000 data lukisan dan boleh mengenalpasti pelbagai juadah tempatan. Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi memastikan anda ada masa untuk meluangkan masa bersama dengan si kecil sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.
Cara ia berfungsi adalah, layari kaman web grab.deliverydoodles.com, lukis gambar makanan atau minuman pada atas kertas putih, kemudian tekan butang Ready untuk mengambil gambar lakaran tersebut. Dengan teknologi Google, ia akan meneka gambar apa – jika benar tekaannya pengguna boleh terus ke aplikasi Grab untuk memulakan tempahan. Delivery Doodles buat masa ini dilihat hanya disokong pada aplikasi Safari dan Chrome sahaja untuk iOS dan Android. Percubaan atas Edge dan Huawei Browser adalah tidak berjaya. Ia juga dilihat hanya untuk telefon pintar sahaja dan tidak boleh dilakukan pada komputer.