Cari @ Amanz

Sony Mengacah Kamera Digital Khusus Untuk Golongan Vlogger

Link Copied!

Di Malaysia ramai vlogger menggunakan kamera digital untuk menghasilkan kandungan di platform media sosial seperti YouTube. Kamera digital menjadi pilihan kerana kualiti visual dan audio yang lebih baik berbanding telefon pintar. Kerana wujudnya niche tersendiri ini, Sony akan melancarkan sebuah kamera digital khusus untuk golongan vlogger.

Setakat ini imej yang diacah sekadar menunjukkan bentuk kamera ini sahaja. Ia jelas mempunyai skin LCD yang ditarik keluar ke sisi dan mikrofon pada bahagian atas. Terdapat ura-ura kamera yang akan dilancarkan ini menggunakan nama Sony ZV1 dan bukanlah model kemas kini kepada siri RX1000 yang juga popular di kalangan vlogger. Ini mungkin kerana RX100 VII baru sahaja dilancarkan tahun lalu.  Maklumat lebih lanjut mengenai kamera misteri ini akan diketahui pada hari pelancarannya 27 Mei hadapan.


Komen ()