Cari @ Amanz

Samsung Terrace Ialah Televisyen Pintar Kalis Air Untuk Kegunaan Luar Rumah

Link Copied!

Biasanya televisyen diletakkan di rumah tamu supaya mudah tontonan dilakukan bersama keluarga. Tetapi terdapat juga insan yang meletakkan televisyen di luar seperti restoran mamak, kelab malam dan rumah persendirian golongan borjuis. Untuk situasi ini, Samsung Terrace baru sahaja diumumkan dengan kemampuan kalis air serta debu IP55,

Samsung Terrace ialah televisyen pintar dengan sistem operasi Tizen yang ditawarkan dalam saiz 55″. 65″ dan 75″. Skrin QLED menyokong resolusi 4K dengan keterangan maksimum 2000 nits. Ini membolehkan ia ditonton dengan jelas walaupun di bawah cahaya matahari yang terik. Ini adalah hampir dua kali ganda keterangan skrin S20 Ultra.

Selain itu terdapat sokongan paparan HDR10+, audio Dolby Digital dan Apple AirPlay. Bagi mereka yang gemar menggunakan pembantu maya, Terrace boleh menerima arahan menggunakan Samsung Bixby, Amazon Alexa dan Google Assistant.

Bagi memastikan audio yang baik dinikmati, Samsung Terrrace Soundbar turut ditawarkan sebagai aksesori tambahan. Seperti TV, Terrace Soundbar juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP55. Pada waktu ini Samsung Terrace ditawarkan di Amerika Utara terlebih dahulu dengan harga bermula dari $3455 (~RM15,000) untuk model 55″ dan melonjak ke $6499  (~RM28,368) untuk model 75″.


Komen ()