Dengan kehadiran norma baharu dalam kehidupan, kini ia telah diterapkan supaya pelbagai premis perniagaan dan tempat kunjungan ramai mencatatkan kehadiran pengunjung ke premis masing-masing. Beberapa kaedah digunakan, termasuk mencatatkan nama secara manual atas buku.
Salah satu langkah yang turut diimplementasikan dalam usaha memudahkan catatan kehadiran adalah menggunakan kod QR. Terdapat beberapa penyedia menawarkan perkhidmatan seumpamanya, termasuk salah satunya adalah DaftarQR.
DaftarQR menawarkan kemudahan untuk pemilik premis perniagaan, mahupun tempat orang ramai berkunjung seperti masjid, surau dan sebagainya mendaftar dan menjana kod QR masing-masing. Seterusnya, para pengunjung boleh mengimbas kod berkenaan, dan mencatatkan maklumat secara nirsentuh – berbanding keperluan menulis menggunakan pen pada buku.
Pemilik premis perniagaan juga turut boleh memantau aliran pengunjung, termasuk melihat trafik hadiran ke premis masing-masing mengikut masa dan sebagainya pada bahagian dashboard.
DaftarQR ditawarkan secara percuma, dan ia tidak diterhadkan kepada premis perniagaan sahaja, tetapi turut boleh digunakan untuk membuat pendaftaran kunjungan ke rumah, pejabat, tadika, dan sebagainya.
- Layari : DaftarQR