Di Belanda Nenek Tidak Boleh Muat-Naik Gambar Cucu Tanpa Kebenaran Ibu Bapa

Di Belanda Nenek Tidak Boleh Muat-Naik Gambar Cucu Tanpa Kebenaran Ibu Bapa

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Adalah normal untuk nenek dan atuk memuat naik gambar cucu kesayangan ke media sosial sebagai tanda sayang. Dengan media sosial, kegembiraan ini bole dikongsi dengan rakan-rakan, adik beradik dan cucu cicit yang lain. Tetapi sekiranya anda di Belanda, ini tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu dari ibu bapa si cucu.

Mahkamah di Belanda mengarahkan seorang wanita untuk memadam gambar cucu yang dimuat baik ke Facebook dan Pinterest. Arahan diberikan kerana mengikut undang-undang General Data Protection Regulation (GDPR), memuat naik gambar ke media sosial membuatkannya disebarkan kepada umum dan kebenaran tuan punya badan diperlukan terlebih dahulu. Di dalam kes kanak-kanak bawah umur. kebenaran hanya boleh diberikan oleh ibu bapa mereka.

Kes dibawa ke mahkamah selepas di nenek enggan memadam gambar cucu walaupun diminta oleh anak beberapa kali. Sekiranya gambar gagal dipadam, si nenek akan didenda €50 (~RM239) sehari sehingga denda maksimum mencecah €1000 (`RM4770). Jika gambar dinaikkan lagi tanpa kebenaran, denda €50 akan dikenakan semula.

GDPR ialah undang-undang yang memberikan kawalan data peribadi kepada kesemua warga Eropah. Setiap warga Eropah mempunyai hak menyuruh syarikat atas talian memadam data peribadi mereka sekiranya dipinta supaya tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Ia turut menimbulkan kesukaran di Jerman kerana kanak-kanak sekolah diharamkan menggunakan Microsoft Office kerana data mereka dikumpul tanpa kebenaran ibu bapa.



TIPS & ULASAN