Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Buds+ Kini Boleh Dimiliki Dalam Warna Biru Di Malaysia

Link Copied!

Semakin banyak peranti pintar tidak lagi ditawarkan dengan bicu audio 3.5mm. Sebagai pengguna kita mempunyai dua pilihan iaitu membeli penyesuai USB ke bicu audio atau mengalah dengan membeli aksesori audio nirwayar. Bagi pengguna Samsung, Galaxy Buds+ adalah antara alternatif terbaik. Bermula hari ini ia ditawarkan dalam warna biru terbaru.

Sebelum ini Galaxy Buds+ hanya ditawarkan dalam warna putih dan hitam. Warna biru muda di Malaysia ni berbeza dengan Aura Blue yang ditawarkan kepada pengguna di Amerika Utara semalam. Di Malaysia Samsung Galaxy Buds+ dijual pada harga RM599 sebuah. Selain warna baharu untuk fon telinga, Samsung Galaxy S20 Ultra 5G juga ditawarkan dalam warna Cloud White hari ini.


Komen ()