Nampaknya satu persatu produk terbaharu Realme yang bakal dilancarkan pada 25 Mei ini didedahkan. Ternyata, Realme tidak hanya memperkenalkan Realme Buds Air Neo. Sebaliknya, mereka turut bakal muncul dengan Realme Buds Q untuk penawaran produk audio terbarunya.
Poster rasmi mengenainya juga telah dikongsi di arena web dan memperlihatkan reka bentuk produk. Jika diteliti, rekaan Realme Buds Q kelihatan seakan-akan sama dengan Samsung Galaxy Buds. Berbeza pula dengan Realme Buds Air Neo yang dikatakan mempunyai reka bentuk seperti Apple Airpods.
Pun begitu, Realme masih berteka-teki mengenai spesifikasi utama peranti. Tetapi, Realme mengatakan bahawa fon telinga ini mendapat sentuhan pereka daripada Paris iaitu José Lévy dan rekaannya dikatakan mempunyai binaan yang ergonomik. Penawaran lebih lanjut, kita tunggu pelancaran rasmi minggu hadapan.