Carian
Kemaskini Terbaru Microsoft Edge Memperkenalkan Ciri-Ciri Yang Diminta Ramai
May 22, 2020 Nazrin

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini pelayar web Edge mereka dengan beberapa ciri-ciri baru dimana beberapa daripadanya telah diminta sejak sekian lama.

Kemaskini terbesar mungkin dimana pemalam yang dipasang pada satu pelayar Edge boleh diselaraskan dengan pelayar pada peranti yang lain. Ini memudahkan pengguna yang menggunakan beberapa peranti sekaligus.

Edge juga kini mempunyai ciri menyimpan cache terpilih apabila membersihkan sejarah pelayaran anda. Ini berguna jika anda masih ingin menyimpan butiran log masuk kepada laman-laman web terpilih.

Ciri pengumpulan laman web Collections juga menerima kemaskini dimana pengguna boleh menarik masuk laman web ke koleksi laman web anda jika anda ingin mengemaskini senarai tersebut.

Pengguna juga boleh mencari terma-terma di bahagian bar tepi tanpa perlu keluar daripada tab yang sedang dilayar. ini berguna jika anda ingin mencari butiran mengenai terma-terma yang tidak dikenali atau ingin mengetahui tentang sesuatu topik yang tidak difahami.

Walaupun begitu, ciri penyelarasan sejarah melayar web dan juga tab-tab laman web diantara peranti masih belum diperkenalkan.

Microsoft akan memperkenalkan kemaskini-kemaskini ini secara berperingkat untuk memastikan mereka boleh digunakan tanpa bermasalah. Jika berminat, anda boleh mula mengemaskini pelayar web Microsoft Edge hari ini untuk mula mendapatkan ciri-ciri baru ini.

Komen