Cari @ Amanz

WhatsApp Menguji Ciri Menambah Rakan Melalui Imbasan Kod QR

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsApp kini telah memperkenalkan kemaskini aplikasi terbaru untuk Android dan iOS dalam bentuk beta, dimana melaluinya salah satu ciri baru yang disertakan adalah kebolehan menambah rakan-rakan melalui imbasan kod QR.

WhatsApp Kod QR

Boleh diakses melalui bahagian tetapan profil di WhatsApp, pengguna boleh memilih untuk mengimbas kod QR rakan-rakan, atau memilih untuk memaparkan kod QR yang unik untuk mereka.

Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi anda menambah rakan baru di WhatsApp, tanpa perlu melalui proses sukar seperti menambah dibuku alamat dan sebagainya.

WhatsApp QR

Buat masa ini, ciri ini telah diperkenalkan dalam bentuk beta, dan mungkin hadir kepada semua pengguna dalam bentuk stabil dalam beberapa minggu lagi.


Komen ()