Carian
Windows Terminal 1.0 Kini Boleh Dimuat-Turun Semua
May 23, 2020 Aman

Microsoft pada tahun lepas telah mempertontonkan sebuah penawaran aplikasi baru untuk command line, dinamakan sebagai Windows Terminal. Ketika pengumumannya, ia ditawarkan dalam versi ujian sahaja.

Terbaru, kini Microsoft telah pun melancarkan versi stabil pertama untuknya, iaitu Windows Terminal 1.0.

Windows Terminal

Windows Terminal 1.0 menawarkan sokongan untuk menjalankan aplikasi command line dalam beberapa tab, selain menjalankan beberapa operasi secara serentak. Ia juga turut hadir dengan kemudahan untuk menggunakan pewarnaan, selain sokongan pemecutan berasaskan GPU.

Windows Terminal membolehkan pengguna memuatkan PowerShell, Command Prompt dan juga sokongan terminal yang ditawarkan melalui pemasangan Windows Subsystem untuk Linux.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakan Windows Terminal hari ini.

Komen