Cari @ Amanz

Siri Zenfone merupakan penawaran telefon pintar yang meliputi penawaran telefon pintar daripada spesifikasi pertengahan sehingga ke mercu. Versi paling terbaru adalah Zenfone 6 yang telah dilancarkan pada bulan Mei 2019 lepas, tetapi tidak memasuki pasaran tempatan sehingga kini.

Bergerak kehadapan, kini pihak Asus dilihat telah dalam persiapan untuk memperkenalkan siri Zenfone 7. Melalui laporan akhbar di Taiwan, siri Zenfone 7 dijangka diperkenalkan pada akhir suku kedua, atau awal suku ketiga. Ini sekaligus meletakkannya mungkin diperkenalkan sekitar bulan Julai 2020 kelak.

Selain siri Zenfone, Asus juga dijangka memperkenalkan telefon permua terbaru mereka pada tempoh masa yang sama, iaitu Asus ROG Phone 3. Ia dijangka hadir dengan cip Snapdragon 865 terbaru, selain penawaran sejumlah pengoptimasian mengkhususkan permua.

Buat masa ini, info penuh mengenai penawaran kedua-dua telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan kita akan mula mendengar info tertiris mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd