Sehari yang lalu versi awal iOS 14 telah tertiris ke arena web dan mula dijual secara haram kepada mereka yang ingin mengaksesnya lebih awal. Menurut laporan Motherboard, Apple kini berang sistem operasi mereka yang terkini telah jatuh ke tangan penganalisa, penggodam dan pembangun perisian jailbreak sebelum ia sedia diberikan kepada umum,
Apple biasanya akan memberikan pembangun akses kepada iOS versi Beta selepas acara WWDC. Tahun ini ia akan berlangsung pada 22 Jun secara atas talian. iOS 14 yang tertiris awal ini berasal dari sebuah iPhone 11 dengan perisian versi Disember 2019. Ia telah dijual di atas talian sebelum perisiannya dijual kepada umum di atas talian.
Ini adalah kali pertama iOS tertiris seawal ini dalam sejarah Apple. Dengan ketirisan ini penganalisa keselamatan dan penggodam dapat mencari kerentanan yang wujud sehingga boleh dieksploit apabila versi penuh dilancarkan kelak.