Cari @ Amanz

Huawei Memfailkan Tanda Dagang Untuk Mate Watch

Link Copied!

Huawei adalah antara pengeluar yang paling awal menghasilkan jam tangan pintar bermula dengan sistem operasi Android Wear sebelum menggunakan ke sistem operasi sendiri. Selama ini juga jangan tangan mereka dipasarkan dengan nama Huawei Watch. Tetapi tahun ini mungkin ia akan dipasarkan dengan nama baharu Mate Watch pula.

Huawei telah memfailkan tanda dagang Mate Watch di China pada 6 Mei yang lalu. Mate adalah jenama premium mereka yang digunakan pada jam tangan pintar, telefon pintar, telefon boleh-lipat dan tablet. Bolehlah diramalkan Mate Watch kelak mungkin akan turut dipasarkan sebagai jam tangan premium berbanding Watch GT yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan.


Komen ()