Cari @ Amanz

Oppo baru sahaja melancarkan siri Oppo Reno3 untuk pasaran tempatan. Menariknya, kini di China, mereka telah pun hadir dengan video acah, memperlihatkan bakal memperkenalkan Oppo Reno4 tidak lama lagi.

Oppo Reno4

Melalui video acah yang diterbitkan, ia memperlihatkan rekaan telefon pintar berkenaan secara kasar, termasuk menunjukkan penggunaan kamera belaakng dengan tiga lensa utama yang sedikit besar berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, info penuh mengenai telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Desas-desus mengatakan ia mungkin dijana dengan cip Snapdragon 765G, selain menawarkan sokongan pengecasan pantas VOOC.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Oppo Reno4 ini secara rasminya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd