Realme X50 Pro Player telah dilancarkan sebentar tadi dan ia adalah sebuah lagi peranti yang direka khusus untuk peminat permua. Perbezaan paling besar di antara Realme X50 Pro Player degan X50 Pro biasa terletak pada sistem penyejukan grafit yang membolehkan suhu peranti dikawal dengan lebih baik ketika sesi permua yang sengit.
Perbezaan turut dapat dilihat pada kamera yang kini sekadar 48+8+2+2 MP pada bahagian belakang nada 16+2 pada bahagian belakang. Lebih rendah spesifikasinya berbanding X50 Pro dengan kamera utama 64+12+8+2 MP dan kamera swafoto 32+8 MP. Seperti peranti untuk permua yang lain, X50 Pro Player tidak menitikberatkan kemampuan fotografi.
Skrin peranti ialah sebesar 6.44″ AMOLED FHD+ 90Hz, dipadankan dengan Snpadragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 128GB UFS 3.1 dan bateri sebesar 4200mAh. Bateri ini boleh dicas sehingga penuh dalam masa 35 minit sahaja menerusi sistem pengecasan pantas SuperDart 65W. Di China Realme X50 Pro Player dijual pada harga bermula dari RMB 2699 (~RM 1649) sebuah.