Pelbagai produk dilancarkan oleh Realme hari ini dalam majlis yang berlangsung serentak di China dan India. Selain telefon pinter permua X50 Pro Player dan jam tangan pintar Realme Watch, dua fon telinga TWS turut dilancarkan iaitu Realme BudsQ dan Buds Ari Neo.
Realme Buds Q ialah fon telinga dari jenis earbuds dengan pad kawalan sesentuh pada bahagian luar. Ia mampu beroperasi sehingga 3.6 jam atau sehingga 20 jam dengan penggunaan pod pengecas. Terdapat kemampuan kalis air sehingga IPX4 yang membuatkannya sesuai dibawa untuk aktiviti bersukan. Pengecas berwayar pantas 30W dicas namun tiada sokongan pengecasan nirwayar. Fon telinga nirwayar ini ditawarkan pada harga RMB149 (~RM91) sebuah dalam warna hitam, putih dan kuning.
Seterusnya pula ialah Realme Buds Air Neo yang menggunakan rekaan fon telinga konvensional. Ia mampu menawarkan waktu penggunaan selama 3 jam atau sehingga 17 jam dengan penggunaan pod pengecas. Pod pengecas yang disertakan menyokong pengecasan berwayar sahaja menerusi port mikro USB.
Seperti Buds Q, terdapat kemampuan kalis air IPX4 dan kawalan sesentuh tetapi lebih terhad. Sungguhpun begitu Buds Air Neo ditawarkan pada harga lebih tinggi RMB 269 (~RM164) sebuah dalam warna putih pada waktu ini dan kelak dalam wana merah dan hijau