Samsung dijangka memperkenalkan telefon mercu dibawah siri Galaxy Note dalam beberapa bulan lagi. Telefon baru tersebut kelak, dijangka akan dinamakan sebagai Galaxy Note 20, dan mungkin beberapa variasi diperkenalakn – lebih kurang seumpama pada siri S20 sebelum ini.
Terbaru, hadir beberapa gambar pengolokkan awal untuk telefon Galaxy Note 20 Plus, sekaligus memperlihatkan bagaimanakah telefon mercu akan datang daripada Samsung akan kelihatan.
Dikongsikan oleh @onleaks melalui Pigtou, ia memperlihatkan penggunaan tiga sensor utama pada bahagian belakang, selain rekaan skrin berlubang pada bahagian hadapan.
Buat masa ini, info mengenai spesifikasi peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan ia sekadar memperlihatkan bagaimanakah telefon pintar ini akan kelihatan kelak.
Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan rekaan telefon pintar akan datang daripada Samsung ini?