Bersama pengenalan sejumlah peranti baru, hari ini Realme turut telah melancarkan sebuah televisyen pintar tersendiri, dinamakan Realme Smart TV. Dua variasi saiz skrin ditawarkan, iaitu bersaiz 32-inci dan juga 43-inci.
Realme Smart TV menggunakan panel berasaskan LED, dan dijana sistem operasi Android TV 9.0. Ini sekaligus membolehkan anda menikmati sejumlah kandungan dan aplikasi yang boleh digunakan terus pada televisyen berkenaan.
Menjana televisyen pintar ini adalah cip pemprosesa MediaTek 1.1Ghz empat teras, selain turut hadir dengan sokogan audio Dolby yang melengkapkan empat speaker 24W.
Realme turut menyertakan ciri Chroma Boost yang menawarkan paparan lebih jelas dan cantik pada skrin berkenaan. Sebuah alat kawalan turut ditawarkan yang menyediakan akses pantas untuk YouTube, Netflix dan juga Google Assistant.
Buat masa ini, televisyen pintar ini hanya ditawarkan di India sahaja. Realme Smart TV ditawarkan pada harga bermula INR12999 di India, iaitu sekitar RM747.