Vivo Malaysia kini telah mengumumkan mereka bakal menawarkan Vivo Y50 secara atas-talian pada bulan Jun 2020 ini. Telefon pintar ini dilihat menawarkan spesifikasi pertengahan, dan dijangka berharga dibawah RM1000.
Vivo Y50 hadir dengan skrin 6.53-inci IPS LCD, dijana cip Snapdragon 665, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan penggunaan empat kamera belakang dengan sensor utama 13-megapixel, selain bateri bersaiz 5000mAh.
Vivo Malaysia masih belum mengumumkan info mengenai tarikh dan harga jualannya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.