Cari @ Amanz

Opera Mini 50 Kini Hadir Dengan Antaramuka Yang Diperbaharui

Oleh Aman

Link Copied!

Opera hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pelayar web mudah-alih popular Opera Mini. Versi terbaru yang ditawarkan adalah Opera Mini 50.

Melalui versi ke 50 ini, Opera Mini kini menawarkan rekaan antaramuka yang dikemaskini, tampak lebih moden dan kemas. Kini, ia turut menyertakan sebuah bar status yang berkongsi pelbagai tips dan kemaskini melaluinya.

Disamping itu, kini Opera Mini turut memaparkan berapakah data yang telah anda jimat ketika menggunakan pelayar web ini. Mod baru turut ditambah, dinamakan “Extreme”, yang membolehkan pengguna menjimatkan penggunaan sehingga 81% berbanding kebiasaan.

Opera Mini juga menyertaka sokongan berkongsi fail secara luar-talian, bagi memudahkan anda memindahkan fail yang dimuat-turun kepada rakan-rakan menggunakan WiFi dengan pantas dan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web baru ini hari ini, dan menikmati sejumlah ciri-ciri baru pada Opera Mini 50 ini.


Komen ()