Huawei Hadir Dengan Telefon Berskrin 90Hz Pada Harga Kompetitif

Huawei Hadir Dengan Telefon Berskrin 90Hz Pada Harga Kompetitif

Diterbitkan pada Mei 26, 2020 oleh .

Dengan pelbagai pengeluar mula memfokuskan penawaran telefon pintar dengan skrin pada kadar resolusi tinggi, pihak Huawei turut tidak ingin ketinggalan. Terbaru, mereka telah pun melancarkan penawaran terbaru mereka, dinamakan Huawei Enjoy Z 5G.

Huawei Enjoy Z 5G hadir dengan penawaran sokongan rangkaian 5G, dan turut menyertakan skrin dengan kadar segar semula mencapai 90Hz.

Huawei Enjoy Z 5G

Ia menggunakan skrin 6.57-inci LCD, dijana cip MediaTek Dimensity 800, penawaran memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia dilengkapi bateri 4000mAh, dan dijana berasaskan sistem operasi Android 10 dengan antaramuka EMIUI 10.1.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP, dilengkapi dengan sensor ultra-lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Untuk swafoto, ia menyertakan kamera hadapan 16-megapixel.

Huawei Enjoy Z 5G

Huawei turut melengkapkan telefon pintar ini dengan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Buat masa ini, Huawei Enjoy Z 5G hanya diumumkan di China, dan ditawarkan pada harga RMB1699, iaitu sekitar RM1038 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.



TIPS & ULASAN