Peranti kelas pertengahan Vivo Y70s 5G telah dilancarkan di China semalam dan adalah peranti pertama dilengkapi cip Exynos 880. Ia dilengkapi skrin 6.53-inci IPS LCD, dilengkapi memori sehingga 8GB RAM LPDDR4x, storan sebesar 128GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 4500 mAh. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C.
Kamera utama pula menggunakan sensor 48-MP sudut lebar, 8-MP ultra sudut lebar dan 2-MP mengesan kedalaman. Pada bahagian hadapan pula kamera sebesar 16-Mp digunakan dan diletakkan di dalam lubang kamera terbina dalam skrin. Peranti turut mampu melakukan rakaman video sehingga 4K 30FPS.
Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada sisi kanan terbina pada butang kuasa. Nyahkunci menggunakan wajah turut disokong sekiranya diperlukan oleh pengguna. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 10 dengan pelancar Funtouch OS 10. Di China Vivo Y70s dijual pada harga RMB 1998 (~RM 1222) untuk versi 6.128GB dan RMB 2198 (~RM 1344) untuk versi 8/128GB.