Carian
WHO Menghentikan Ujian Hydroxychloroquine Untuk Merawat Covid-19 Kerana Risiko Kematian
May 26, 2020 Effi Saharudin

Ujian solidariti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diumumkan pada penghujung Mei lalu bagi mencari rawatan kepada wabak Covid-19. Antara ubat yang diuji ialah hydroxychloroquine yang sebelum ini digunakan untuk merawat penyakit malaria. Tetapi hari ini WHO mengumumkan akan menghentikan ujian hydroxychloroquine sebagai rawatan kepada Covid-19 kerana ia meningkatkan risiko kematian.

Di dalam kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Lancet, WHO mendapati penggunaan hydroxychloroquine pada pesakit Covid-19 bukan sahaja meningkatkan risiko kematian tetapi juga penyakit kardiovaskular aritmia ventrikel. Kajian melibatkan 14,888 pesakit dari enam benua dan dibandingkan dengan 81,144 pesakit yang tidak mengambil hydroxychloroquine.

Sebelum ini hydroxychloroquine telah digunakan di China untuk merawat pesakit dengan laporan ia berjaya menyembuhkan. Namun ujian global yang lebih meluas ini menujukan tiada bukti yang kukuh ditemui bahawa pengambilannya dapat merawat pesakit Covid-19.

Jumlah kematian dan aritmia ventrikel yang lebih tinggi pada pesakit yang menerima hydroxychloroquine menyebabkan WHO menghentikan ujian menggunakannya sebagai ubat pada waktu ini. Malaysia ialah antara negara yang terlibat dalam ujian menggunakan hydroxychloroquine pada pesakit Covid-19.

Selain itu rawatan menggunakan Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir dan Interferon beta turut dilakukan. Setakat ini Remdesivir didapati juga tidak dapat merawat pesakit tetapi memendekkan tempoh rawatan dari 15 ke 11 hari pada sebilangan pesakit.

Komen