Realme agak aktif dalam pengenalan peranti baru. Selain pengenalan beberapa peranti baru semalam, hari ini mereka telah memperkenalkan telefon pintar Realme X3 SuperZoom.
Realme X3 SuperZoom dilihat memfokuskan kepada keupayaan zum menggunakan kamera belakang. Ia menyertakan sensor utama 64-megapixel dibelakang, dengan kamera 8MP ultra-lebar, 8-megapixel periskop, dan 2MP untuk rakaman makro.
Sensor periskop pada kamera belakang ini juga menyertakan keupayaan rakaman zum optikal sehingga 5x, selain zum hibrid sehingga 60x. Disamping itu, pengguna turut boleh membuat rakaman Nightscape 4.0 dengan kawalan Shutter Speed dan lain-lain.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.6-inci dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, cip pemprosesan Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 30W. Ia turut menyertakan kamera hadapan 32MP + 2MP, selain pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.
Di Malaysia, Realme akan mengumumkan peranti ini secara rasminya pada minggu ini, dimana kita akan mengetahui lanjut mengenai harga jualannya kelak.