Cari @ Amanz

Realme sedia menawarkan tiga peranti dibawah siri Realme 6, iaitu Realme 6, Realme 6i dan juga Realme 6 Pro. Kini, turut menambah kepada keluarga berkenaan, Realme turut telah melancarkan Realme 6s.

Realme 6s hadir dengan skrin 6.5-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek G90T, memori 4GB RAM, dan storan 64GB UFS 2.1. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4300mAh.

Realme 6s

Ia turut menggunakan kamera belakang dengan sensor utama 48MP, dan dilengkapi penawaran gabungan sensor 2MP (mono) + 2MP (makro) + 8MP (ultra-lebar). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 16-megapixel dihadapan. Melengkapkan ia juga adalah pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Realme dilihat memposisikan ia sedikit dibawah versi Realme 6 sebelum ini, tetapi dengan penambahan cip yang lebih baik berbanding Realme 6i sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd