Cari @ Amanz

Redmi 10X Kini Rasmi – Telefon Pintar Dengan Sokongan Dwi-SIM 5G Pada Harga Kompetitif

Oleh Aman

Link Copied!

Xiaomi melalui Redmi memfokuskan kepada pelbagai peranti pada harga sangat kompetitif sepanjang tahun ini. Selepas memperkenalkan beberapa telefon pintar sebelum ini, hari ini mereka turut melancarkan siri Redmi 10X di China. Penambahan siri ini juga menjadikan Redmi kini mempunyai empat siri peranti, iaitu Redmi biasa, Redmi Note, Redmi K, dan juga kini Redmi X.

Sebanyak tiga variasi peranti diperkenalkan, iaitu Redmi 10X 5G, Redmi 10X Pro 5G dan juga Redmi 10X 4G.

Redmi 10X 5G dan Redmi 10X Pro 5G menggunakan cip pemprosesan terbaru MediaTek, iaitu Dimensity 820. Ia turut menyertakan sokongan rangkaian dwi-5G bersama-sama dengannya.

Redmi 10X 5G dan Redmi 10X Pro 5G kedua-duanya menggunakan skrin 6.57-inci AMOLED. Redmi 10X Pro hadir dengan pilihan memori dan storan lebih besar, selain dijana empat kamera dengan sokongan zum pada bahagian belakang, berbanding versi Redmi 10X yang menyertakan tri-kamera sahaja.

Redmi 10X Pro 5G

Redmi 10X Pro 5G dilengkapi memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.1. Ia menyertakan empat kamera belakang gabungan sensor 48MP + 8MP (telefoto) dengan zum optikal sehingga 3x + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro). Ia turut menggunakan sensor 20MP dihadapan.

Untuk Redmi 10X 5G pula menggunakan tri-kamera belakang dengan gabungan sensor 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman). Ia turut menggunakan sensor kamera hadapan 16-megapixel.

Redmi 10X 5G

Kedua-duanya hadir dengan sokongan kalis air IP53, dilengkapi bicu audio 3.5mm, menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, dan sensor IR. Ia turut menggunakan bateri berkapasti 4520mAh dengan pegecasan 33W untuk versi Pro, dan 22.5W untuk versi biasa.

Selain kedua-duanya, pihak Redmi turut melancarkan variasi dengan sokongan rangkaian hanya 4G sahaja. Dinamakan sebagai Redmi 10X 4G, ia hadir dengan skrin 6.53-inci FHD+, dijana cip MediaTek Helio G80, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB eMMC 5.1.

Redmi 10X 4G

Untuk rakaman gambar, versi Redmi 10X 4G ini hadir dengan sensor 48MP dibelakang, dilengkapi 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Ia turut menggunakan kamera 13-megapixel dihadapan.

Melengkapkan ia juga adalah sokongan kalis percikkan air, sensor pengimbas cap jari dibelakang, sokongan sensor IR, dan bateri 5020mAh.

Buat masa ini, ketiga-tiga telefon pintar ini diumumkan untuk pasaran China sahaja. Versi 4G ditawarkan pada harga bermula 999 Yuan (iaitu sekitar RM611), sementara versi 5G pula ditawarkan pada harga bermula 1599 Yuan (sekitar RM978), dan versi Pro pada harga bermula 2299 Yuan, iaitu sekitar RM1406. Tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan memasarkan peranti ini untuk pasaran luar China buat masa ini.


Komen ()