Cari @ Amanz

Huawei kini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Dailymotion – salah satu penyedia perkhidmatan video terkemuka yang bersaing dengan YouTube. Melalui kerjasama ini, perkhidmatan dan pemain video Dailymotion akan diintegrasikan pada Huawei Video.

Langkah ini akan memberikan akses kandungan video kepada para pengguna peranti Huawei, sebagai alternatifk untuk aplikasi YouTube yang tidak disertakan pada telefon pintar keluaran baru Huawei disebabkan oleh halangan perdagangan kerajaan Amerika Syarikat.

Buat masa ini, Huawei dilihat agak aktif dalam mendapatkan kerjasama sejumlah pihak dalam terus menjadikan penawaran mereka menarik tanpa bergantung kepada perkhidmatan dari Amerika Syarikat. Penambahan ini mungkin menawarkan sejumlah alternatif, selain pada masa yang sama memastikan mereka terus kukuh disejumlah pasaran, termasuk di Eropah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd