Cari @ Amanz

Sony hari ini telah memperkenalkan sebuah kamera kompak memfokuskan kepada rakaman video vlog untuk YouTube dan platform sosial lain, dinamakan sebagai Sony ZV-1.

Sony dilihat mengasaskan kamera ini berdasarkan kamera popular RX100, tetapi lebih mengoptimasikannya untuk ciri rakaman video.

Sony ZV-1 menggunakan sokongan seumpama RX100 VII, dimana ia hadir dengan sensor dan cip pemprosesan sama. Ia menggunakan sensor 20-megapixel, bersama-sama lensa 24-70mm f/1.8-2.8. Melaluinya, ia menawarkan kemudahan untuk rakaman video 4K pada kadar 30fps, selain video 1080p pada kadar 120fps.

Sony menggunakan sensor bersaiz 1-inci padanya, yang turut berkeupayaan untuk kaburkan latar ketika rakaman – sekaligus menghasilkan bentuk rakaman video bokeh yang cantik menggunakannya.

Antara mod yang disertakan adalah “Background Defocus” yang kaburkan latar, selain “Product Showcase” yang memudahkan anda merakamkan video produk dengan mudah.

Degan fokus terhadap vlog, Sony turut menyertakan tiga mikrofon dalam merakamkan bunyi, butang rakaman video yang lebih besar, dan memudahkan anda melihat apa yang dirakam dengan keluarkan skrin ke paparan perakam.

Apa pun, salah satu kekurangan pada kamera ini adalah ia masih menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Sony akan memperkenalkan kamera ini secara rasminya untuk pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd