Cari @ Amanz

OnePlus telah sedia melancarkan OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro pada tahun ini. Kini, bercakap lanjut mengenainya, CEO OnePlus mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar pada harga lebih rendah tidak lama lagi.

Perkongsian ini selari dengan ketirisan info berkaitan OnePlus Z sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut OnePlus, mereka ingin menawarkan produk yang lebih mampu-milik, selain pada masa yang sama memperluaskan kategori produk mereka.

Seperti pengeluar lain, OnePlus juga dilihat menyasarkan untuk hadir dengan ekosistem peranti berhubung sendiri.

Pada hari ini, OnePlus 8 ditawarkan pada harga bermula RM2899, sementara OnePlus 8 Pro pula pada harga bermula RM3699. Sekiranya OnePlus hadir dengan telefon pintar pada harga kurang RM2000, semestinya ia akan menarik minat lebih ramai pengguna dalam mendapatkan produk mereka – yang mana kini didominasi oleh sejumlah jenama, seperti Realme, Xiaomi dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd