ARM Mengumumkan Cip Cortex A78, Cortex-X1 Dan GPU Mali-G78 Untuk Pemproses Tahun 2021

ARM Mengumumkan Cip Cortex A78, Cortex-X1 Dan GPU Mali-G78 Untuk Pemproses Tahun 2021

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

ARM telah mengumumkan cip terkini Cortex-A78, Cortex-X1 dan juga GPU Mali-G78 yang akan digunakan pada pemproses peranti pintar tahun 2021.

 Cip Cortex-A78 menurut ARM memberikan peningkatan prestasi sebanyak 2o% berbanding Cortex-A77 yang digunakan pada Snapdragon 865 tahun lalu. Tetapi pada waktu yang sama ia menggunakan hanya 50% kuasa untuk prestasi yang sama. Ini berjaya dilakukan kerana Cortex-A78 dihasilkan menerusi teknologi 5nm,

Seterusnya ialah Cortex-X1 yang merupakan kali pertama ARM menawarkan program baharu yang membenarkan pelanggan menghasilkan cip kustom tersendiri. Tidak seperti Cortex-A78 yang mengimbangi kuasa memproses dan penggunaan tenaga, Cortex-X1 mementingkan prestasi dengan peningkatan kuasa memproses puncak sehingga 30% berbanding Cortex-A77. Ia sesuai digunakan untuk menjana kuasa memproses yang tinggi untuk tempoh yang pendek.

Akhir sekali ialah GPU Mali-G78 yang kali ini boleh menyokong sehingga 24 teras. Tahun lalu Mali-G77 hanya mampu menyokong sehingga 16 teras sahaja. Peningkatan 50% lebih banyak tera ini memberikan peningkatan prestasi sehingga 25% dan penjimatan kuasa ula adalah 10%. Dengan penggunaan cip dan GPU terkini ARM ini, pemproses peranti pintar akan menjadi lebih berkuasa.



TIPS & ULASAN