Cari @ Amanz

Spotify Tidak Lagi Mengenakan Had Simpanan 10,000 Lagu

Link Copied!

Pengguna Spotify kini boleh menyimpan sebanyak lagu yang mereka inginkan kerana had 10,000 lagu yang dikuatkuasakan sebelum ini telahpun ditarik. Pengumuman ini dilakukan menerusi forum pengguna Spotify semalam. Dengan ini anda bebas untuk menyimpan lagu serta album yang disukai.

Sungguhpun begitu had 10,000 lagu yang boleh dimuat turun secara luar talian pada 5 peranti dan jumlah maksimum 10,000 lagu dalam satu senarai main masih lagi dikekalkan. Menurut Spotify permintaan untuk tidak mengehadkan 10,000 lagu sahaja yang boleh disimpan pengguna telah diminta sejak 2014 lagi tetapi hanya kini diaktifkan.


Komen ()