Cari @ Amanz

Akaun Twitter rasmi Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara mengejut telah terpadam dua hari yang lalu. Sekiranya ciapan dari akaun @SPRMMalaysia cuba diakses, Twitter akan mengatakan akaun ini tidak lagi wujud. Pelbagai spekulasi mula muncul di atas talian tetapi ia semuanya terjawab menerusi kenyataan rasmi SPRM pagi ini.

Menurut SPRM, akaun rasmi mereka terpadam akibat isu teknikal oleh pihak Twitter. Susulan itu, SPRM telah membuat laporan kepada pihak Twitter dan isu tersebut kini dalam proses pemulihan dan penambahbaikan. Mereka juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan SPRM menutup akaun rasmi Twitter adalah tidak benar.  Sehingga artikel ini ditulis, akaun @SPRMMalaysia masih belum kembali beroperasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd