Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini terbaru untuk para pengguna komputer Mac, iaitu macOS 10.15.5. Bersama-sama dengannya, Apple menyertakan salah satu ciri baru, iaitu sokongan pengurusan kesihatan bateri.

macOS Bateri

Apple memperkenalkan ciri ini dalam usaha untuk membolehkan bateri pada komputer riba bertahan untuk tempoh masa yang lebih lama, dan menawarkan prestasi yang efisien.

Seperti ramai sedia maklum, Mac menggunakan bateri berasaskan lithium-ion, dan ia menjadi semakin kurang efisien dari hari ke hari selepas digunakan untuk tempoh masa yang lama.

macOS Bateri

Dengan ciri ini, Apple mengatakan ia akan mengoptimasikan pengecasan dan mengehadkan kadar maksimum pengecasan. Apple mengatakan langkah ini akan menawarkan kadar penuaan yang lebih rendah, sekaligus membolehkan bateri beroperasi dengan lebih baik untuk jangka masa panjang.

Ciri ini diaktifkan secara automatik selepas kemaskini. Anda turut boleh menyemak ciri ini melalui halaman tetapan Energy Saver atau Penjimat Kuasa pada Mac anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd