Cari @ Amanz

Seperti yang kita dapat lihat, Xiaomi dan Redmi telah menghasilkan pelbagai peranti yang menarik seiring dengan perkembangan teknologi yang makin canggih. Mereka juga telah mula mengembangkan penawaran peranti dengan sokongan 5G dan Redmi 10X adalah model yang paling terbaru.

Laporan media yang memetik beberapa sumber Xiaomi berkata, mereka dalam perancangan untuk menghentikan pembuatan peranti pintar dengan sokongan 4G di China menjelang penghujung tahun ini. Ia berikutan masalah berkaitan penularan COVID-19 yang dikatakan telah mempengaruhi rantaian bekalan mereka untuk peranti 5G. Sehinggakan, Xiaomi dikatakan memberi sejumlah subsidi kepada kilang sebanyak 250 juta Yuan bagi meningkatkan pengeluaran peranti 5G dan perancangan tersebut dianggap sebagai langkah penyelesaian.

Rentetan daripada itu, Xiaomi dikatakan akan memberi lebih tumpuan kepada pembuatan peranti pintar, peranti loT dan sistem perkhidmatan awam yang lebih bergantung pada teknologi 5G. Tidak ketinggalan, Xiaomi juga dilaporkan telah memulakan penyelidikan pada teknologi 6G dan juga Internet satelit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd