Cari @ Amanz

Xiaomi Mi TV Stick Bakal Dilancarkan – Mungkin Menggunakan Android TV Dan Sokongan 4K

Link Copied!

Dengan Xiaomi Mi Box, sebuah televisyen biasa boleh diubah menjadi sebuah televisyen pintar dengan mudah. Kini Xiaomi Jerman mengesahkan selepas ini mereka akan melancarkan pula Mi TV Stick. Ia berfungsi seperti sebuah Chromecast Ultra tetapi hadir dengan sebuah alat kawalan jauh.

Maklumat terperinci mengenai Mi TV Stick masih lagi belum diketahui. Tetapi besar kemungkinan ia akan menggunakan sistem operasi Android TV, menyokong paparan 4K dan sistem audio Dolby Stereo Sound. Alat kawalan yang disertakan sama seperti yang digunakan pada Mi Box S. Terdapat butang Google Assistant, Netflix dan Amazon Prime Video terbina.

Pelancarannya mungkin akan berlaku selepas Google melancarkan Chromecast Ultra terbaru mereka dengan ciri yang serupa. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Chromecast Ultra versi terkini akan menggunakan Android TV serta hadir dengan alat kawalan jauhnya.


Komen ()