Cari @ Amanz

Dengan pelbagai negara mengimplementasi penjarakkan sosial dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, kini beberapa perniagaan mula melihat kepada alternatif dalam memastikan operasi berjalan dengan lancar.

Di Korea Selatan, salah satu kedai kopi kini menggunakan robot dalam usaha membolehkan pengguna menikmati kopi seperti biasa.

Melalui sistem berkenaan, ia boleh membuat sekitar 60 jenis minuman berbeza, dan menghantarnya kepada meja pengguna. Dengan kedudukan jarak meja yang lebih jauh berbanding biasa, ia memudahkan lagi proses untuk robot berkenaan bergerak dari meja ke meja.

Robot berkenaan mengambil masa sekitar 7 minit untuk menghantar sebanyak 6 minuman. Buat masa ini, hanya seorang pekerja manusia diperlukan untuk membuat pembersihan dan juga menambah bahan-bahan.

Apa pun, dengan perkembangan ini, ia turut membawa kepada satu lagi kesan sampingan – dimana kehilangan pekerjaan yang dilakukan oleh manusia sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd