Jangan gosok mata anda kerana Redmi melancarkan sebuah lagi peranti di bawah nama K30 dengan sokongan 5G di China semalam. Redmi K30i 5G ini mempunyai rekaan dan spesifikasi yang hampir sama dengan Redmi K30 5G yang dilancarkan pada bulan Januari yang lalu.
Redmi K30i 5G dilengkapi skrin 6.67″ IPS LCD 120Hz, dijana cip Snapdragon 765G, memori 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+8+5+2 megapixel, kamera hadapan 20+2 megapixel dan bateri sebesar 4500 mAh. Bateri boleh dicas dengan pantas dengan sokongan pengecasan 30W,
Perbezaan di antara K30 5G dan K30i 5G terletak pada kamera utama yang kini hanya 48-megapixel dan bukan lagi 64-megapixel. Ia juga tidak ditawarkan dalam satu variasi spesifikasi sahaja. Di China Redmi K30i 5G dijual pada harga RMB 1,899 (~RM 1157) sebuah.