Lenovo Yoga Duet 7i Diperkenalkan – Komputer Riba Produktiviti 2-Dalam-1 Dengan Gimik Menarik

Lenovo Yoga Duet 7i Diperkenalkan – Komputer Riba Produktiviti 2-Dalam-1 Dengan Gimik Menarik

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

Di zaman moden ini, komputer riba hadir dengan pelbagai gimiknya tersendiri yang dikatakan membantu pengguna untuk mempelbagaikan cara penggunaan mesin-mesin produktiviti ini secara unik.

Terkini, Lenovo telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka yang dinamakan Lenovo Yoga Duet 7i, iaitu komputer riba produktiviti 2-dalam-1 dimana bahagian paparannya boleh dicabutkan daripada papan kekunci untuk dijadikan sebuah tablet.

Bermula dengan spesifikasi Lenovo Yoga Duet 7i ini, ia mempunyai paparan IPS 13 inci dengan resolusi 2K yang mempunyai nilai kecerahan setinggi 450 nit dan juga sokongan untuk gamut warna sRGB.

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 generasi kesepuluh Comet Lake, pilihan memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 1TB. Dari segi cip pemprosesan grafik, ia menggunakan cip grafik Intel UHD Graphics yang hadir pada CPU tersebut.

Diantara ciri-ciri unik yang dapat dilihat pada Yoga Duet 7i ini ialah papan kekuncinya yang bukan sahaja boleh ditanggalkan, tetapi juga hadir dengan sokongan Bluetooth 5.0 yang boleh dipadankan dengan bahagian paparan. Paparan Yoga Duet 7i ini juga hadir dengan tapak yang boleh menegakkannya dengan mudah.

Untuk pelukis digital, stylus Lenovo E-Color Pen bukan sahaja boleh digunakan untuk melukis dan mewarna, tetapi juga mengambil sampel warna daripada mana-mana sumber digital dengan mudah.

Selain daripada itu, Lenovo Duet 7i ini juga hadir dengan sokongan untuk WiFi6 untuk sambungan internet yang pantas dan juga bateri yang mempunyai jangka hayat selama 10 jam dengan satu pengecasan penuh.

Menurut Lenovo, peranti Yoga Duet 7i ini akan tiba di pasaran terpilih pada bulan Jun kelak pada harga sekitar €1199 (~RM5773).



TIPS & ULASAN