Cari @ Amanz

realme X3 Super Zoom – Teknologi Zum Yang Merakam Sehingga 60X Lebih Dekat

Link Copied!

Jika dahulu, teknologi zum hanya terdapat pada kamera kompak sahaja, kini dengan teknologi yang serba canggih kesemua telefon pintar hadir dengan gabungan kamera bersama fungsi zum yang membolehkan anda untuk membuat rakaman pada jarak jauh. Namun, kebolehan zum pada sesebuah telefon pintar adalah berbeza. Bagi realme X3 SuperZoom sendiri, telefon pintar ini dilengkapi dengan teknologi zum yang membolehkan anda untuk membuat rakaman sehingga 60 kali lebih dekat daripada posisi anda.

Sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan kebolehan zum 60 kali daripada realme X3 SuperZoom ini, adalah lebih baik untuk saya menjelaskan spesifikasi yang terbina pada telefon pintar ini. realme X3 SuperZoom dilancarkan dengan rekaan skrin seluas 6.6 inci 120Hz Ultra Smooth Display, dijana dengan cip Snapdragon 855+, storan sehingga 12GB bersama memori sehingga 256GB, kamera utama gabungan 64MP+8MP+8MP+2MP serta 32MP bagi kamera swafoto.

Bagi kamera belakang, 64MP merupakan lensa utama bagi kamera telefon pintar ini, 8MP pula adalah untuk rakaman sudut ultra lebar, 8MP untuk lensa periskop dan 2MP bagi lensa penggambaran makro. Sistem kamera telefon pintar ini dilengkapi dengan lensa zum periskop yang menyokong untuk membuat rakaman zum daripada 0.5x sehingga 60 kali yang bersamaan 16mm sehingga 124mm.

This slideshow requires JavaScript.

Jika kita lihat sebelum ini, kebanyakkan telefon pintar yang menyertakan fungsi zum akan menghasilkan rakaman yang pecah dan kabur. Namun, dengan bantuan teknologi terkini, anda tidak akan mengalami masalah ini kerana rakaman zum pada realme X3 SuperZoom dibantu oleh teknologi Optical Image Stabilization (OIS) yang berfungsi untuk menghasilkan rakaman yang lebih tajam dan jelas walaupun anda berada jauh daripada subjek di dalam gambar.

Tambahan pula, ia juga menyokong untuk menghasilkan rakaman gambar beresolusi 9280X6944px yang merupakan resolusi 4 kali lebih besar daripada resolusi 4K yang terdapat pada televisyen. Jadi, walaupun gambar anda telah dipotong, hasilnya masih lagi jelas dan tajam.

This slideshow requires JavaScript.

Bagi rakaman sudut ultra lebar pula, lensa 8MP pada kamera telefon pintar ini menyokong untuk membuat rakaman seluas 119 darjah. Ini membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman persekitaran dengan lebih luas dan mampu untuk memuatkan lebih banyak subjek di dalam gambar. Malah, dengan teknologi zum 60x yang disertakan pada kamera ini juga memudahkan lagi anda untuk mendapatkan sudut gambar yang diingini dengan lebih meluas pada jarak yang jauh tanpa perlu berganjak dari posisi anda.

Bukan itu sahaja, realme X3 SuperZoom ini juga dilengkapi dengan fungsi rakaman malam, yang dikenali sebagai Nightscape. Fungsi ini dibantu oleh algoritma AI yang akan membuat pengecaman subjek di dalam gambar bagi menghasilkan rakaman malam yang lebih jelas walaupun anda berada di persekitaran yang malap. Manakala bagi mod NightScape Pro pula, ia memberi kebebasan kepada anda untuk melaras ISO, WB, dan tetapan lain pada kamera. Menurut realme, melalui mod ini, kualiti yang dihasilkan adalah lebih tinggi dan baik.

This slideshow requires JavaScript.

Selain itu, kamera realme X3 SuperZoom ini juga membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman malam melalui mod Starry. Melaluinya, ia membantu anda untuk mendapatkan rakaman langit malam yang lebih fokus, kecerahan yang lebih seimbang, mengurangkan efek hingar dengan baik, dan mendapatkan rakaman bintang yang lebih jelas.

Ternyata, realme X3 SuperZoom ini hadir dengan spesifikasi kamera yang cukup baik. Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar dengan pelbagai kebolehan rakaman, mungkin realme X3 SuperZoom ini patut untuk diletakkan dalam senarai pilihan pembelian. Hal ini kerana, ia dilengkapi dengan kamera utama gabungan 64MP+8MP+8MP+2MP serta 32MP bagi kamera swafoto. Bukan itu sahaja, ia juga menyokong pemindahan data melalui NFC. Telefon pintar ini sudahpun mula dipasarkan di Malaysia pada harga RM1999 sebuah untuk model 8/128GB dan RM2299 untuk model 12/256GB. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh dapatkannya melalui laman rasmi realme atau pengedar-pengedar rasmi mereka.

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia


Komen ()