Microsoft Edge Menyertakan “Surf Game” Untuk Dimainkan Ketika Sambungan Internet Bermasalah – Alternatif “Dino T-Rex” Di Chrome

Microsoft Edge Menyertakan “Surf Game” Untuk Dimainkan Ketika Sambungan Internet Bermasalah – Alternatif “Dino T-Rex” Di Chrome

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

Pada pelayar web Chrome, salah satu ciri yang diminati ramai adalah permainan larian T-Rex Dino yang dipaparkan apabila sambungan internet pengguna bermasalah. Ini sekaligus membolehkan pengguna meluangkan masa terus melayari Chrome, walaupun tiada sambungan internet ketika itu.

Microsoft Surf Game

Selain Chrome, kini pelayar web Microsoft Edge turut menyertakan permainan percumanya tersendiri, dinamakan Surf Game. Seperti biasa, pengguna boleh mengaksesnya ketika sambungan internet bermasalah, atau dengan melayari laman URL edge://surf pada pelayar web Microsoft Edge.

Melalui permainan Surf Game, ia membolehkan pengguna memilih watak untuk meluncur di lautan, dan perlu mengelak pelbagai halangan ketika meluncur. Ia turut menawarkan tiga mod berbeza, selain boleh dikawal menggunakan papan kekunci, tetikus, atau gamepad.

Bagi anda yang ingin mengujinya, boleh memuat-turun pelayar web Microsoft Edge hari ini, dan memainkannya.

Muat-Turun Microsoft Edge



TIPS & ULASAN