Carian
Robot Dari PAL Robotics Akan Menggantikan Petugas Barisan Hadapan
May 27, 2020 Fahim Zahar

Virus Covid-19 adalah virus yang merbahaya dan telah membunuh ramai orang. Virus ini menjangkiti ramai orang melalui sentuhan, dan disebabkan itu orang ramai dikehendaki memakai pelitup muka, membuat pembatasan sosial dan berhati-hati. Bayangkan petugas barisan hadapan yang cuba membendung virus ini? Mereka sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan mereka yang dijangkiti.

Terkini, perkara ini mungkin boleh diselesaikan dan petugas barisan hadapan tidak lagi perlu mendekati pesakit. Kerana kelak di masa hadapan akan ada robot yang boleh menggantikan petugas-petugas ini. Ini kerana syarikat PAL Robotics telah menemui cara untuk menghasilkan robot yang mampu membuat tugasan-tugasan ini. Idea mereka adalah dengan robot ini, tugasan akan selesai lebih pantas dan nyawa dapat diselamatkan. Salah satu model robot yang mereka boleh gunakan untuk membantu membendung Covid-19 adalah ARI. ARI atau nama lainnya adalah Artificial Robot Intelligence adalah sebuah robot sosial yang boleh berinteraksi dengan manusia. PAL Robotics telah bekerjasama dengan 7 organisasi termasuk ERM Automatismes Industriels, Heriot-Watt University, dan University of Trento untuk projek SPRING yang mana mengubahsuai ARI kepada robot yang mampu berinteraksi dengan dialog yang lebih kompleks.

ARI ini juga boleh dikawal dari jarak jauh, agar petugas boleh berinteraksi dengan pesakit dengan lebih selamat. Bukan itu sahaja, mereka turut merancang untuk sertakan lampu UV untuk membunuh virus dan bakteria. Model dengan lampu UV ini, TIAGo (take it and go) Disinfection boleh dihantar ke hospital dan hanya dengan sekali pantulan cahaya UV boleh terus membunuh kuman-kuman. Perisian yang digunakan pada ARI boleh tanya soalan pada pesakit mengenai simptom-simptom – agar petugas tidak perlu berdekatan dengan pesakit. Ia turut boleh diintegrasi dalam platform e-kesihatan untuk mendapatkan data-data pesakit. Sensor suhu infra-merah turut akan diintegrasikan untuk mengimbas suhu pesakit.

Perisian yang digunakan juga adalah sumber terbuka agar mudah untuk diakses oleh pasukan-pasukan lain. Buat masa ini, perintah berkurung masih dilaksanakan di kawasan mereka – Eropah. Jadi, pembinaan robot ini mungkin akan tertangguh sehingga diluluskan oleh pihak berkuasa.

Komen