Selepas hampir tiga bulan diumumkan, Huawei P40 Pro+ akhirnya akan mula dijual di China bermuka 6 Jun hadapan. Ini diumumkan oleh Huawei menerusi laman media sosial rasmi mereka di China. P40 Pro+ adalah model paling premium dengan lima kamera utama pada bahagian belakang berbanding empat pada P40 Pro biasa.
Ia hadir dengan dua kamera zum optikal. Satu melalukan zum optikal sehingga 3X dan satu lagi zum optikal sehingga 10X. Tubuh peranti juga diperbuat daripada bahan seramik. Di China Huawei P40 Pro+ dijual pada harga RMB 7,988 (~RM 4,870) untuk versi 8/256GB dan RMB 8,888 (~RM 5418) untuk versi 8/512GB model.