HP EliteOne 800 G6 Ialah AIO Pertama Yang Menyokong Set Realiti Maya
HP

HP EliteOne 800 G6 Ialah AIO Pertama Yang Menyokong Set Realiti Maya

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

Secara lazimnya komputer semua dalam satu (AIO) adalah kurang berkuasa berbanding komputer desktop. Ini membuatkan ia tidak boleh digunakan oleh peminat peranti realiti maya. Tetapi HP EliteOne 800 G6 yang diumumkan hari ini AIO pertama yang boleh menyokongnya.

HP EliteOne 800 G6 hadir dengan pilihan skrin sebesar 23.8″ FHD sehingga 27″ QHD, pemproses Intel Core i9, memori sehingga 64GB LPDDR4 dan storan SSD sehingga 2TBPCIe NVMe M.2. Pilihan untuk GPU pula HP ialah Intel UHD graphics 630, AMD Radeon 5300M atau NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER.

Dengan spesifikasi yang tinggi ini, EliteOne 800 G6 bukan sahaja tidak mempunyai masalah menyokong peranti realiti maya tetapi turut boleh menjalankan permainan video AAA pada tetapan tertinggi.

Selain itu komputer semua dalam satu ini turut dilengkapi kamera web HP serta kamera infra merah untuk sistem pengecaman wajah Windows Hello. Pelbagai pilihan I/O ditawarkan seperti USB-C, USB-A, HDMI 2.0, DisplayPort 1.4, bicu audio dan LAN. Melengkapi spesifikasi ialah pembesar suara yang ditala oleh Bang&Olufsen. Jualan HP EliteOne 800 G6 akan dibuka September ini bermula dari $1249 (~RM5443) sebuah.



TIPS & ULASAN