Honor 9X Lite Berharga RM699 Di Malaysia – Hadir Dengan Sokongan Google Play

Honor 9X Lite Berharga RM699 Di Malaysia – Hadir Dengan Sokongan Google Play

Diterbitkan pada Mei 27, 2020 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Honor 9X Lite untuk pasaran Malaysia secara rasminya, dimana ia membawakan tanda harga RM699.

Honor 9X Lite hadir dengan skrin 6.5-inci, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 3750mAh.

Untuk rakaman gambar, Honor 9X Lite hadir dengan kamera belakang 48MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Menariknya, Honor 9X Lite menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie, dan hadir dengan sokongan Google Play. Ini sekaligus membolehkan pengguna memasang semua aplikasi popular dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Honor 9X Lite ini di Malaysia bermula 28 Mei 2020 ini pada harga RM699. Pembeli melalui laman HiHonor juga berpeluang mendapatkan hadiah tambahan seperti Honor 10,000mAh PowerBank bernilai RM219, dan juga baucar RM70.



TIPS & ULASAN