Cari @ Amanz

Xiaomi Memperkenalkan Komputer RedmiBook 13, 14 Dan 16 Yang Dikuasakan APU AMD Ryzen 4000

Oleh Nazrin

Link Copied!

Penggunaan Accelerated Processing Unit AMD nampaknya sedang meningkat dengan pesat, dengan pelbagai jenama kini mula memuatkan komponen tersebut didalam komputer-komputer riba mereka.

Terkini ialah Xiaomi yang baru sahaja mengemaskini siri komputer riba Xiaomi RedmiBook mereka bukan sahaja dengan pilihan saiz paparan baru, tetapi juga dengan APU AMD Ryzen 4000 yang terbaru.

RedmiBook kini tiba dengan pilihan paparan bersaiz 13, 14 dan 16 inci dengan resolusi Full HD. Ia dikuasakan oleh pilihan APU AMD Ryzen 5 4500U ataupun AMD Ryzen 7 4700U, pilihan memori 8GB dan 16GB bersama-sama storan SSD PCIe bersaiz 512GB hingga 1TB bergantung kepada model yang dipilih.

Dari segi I/O, RedmiBook ini hadir dengan pilihan dua palam USB Type-C, satu palam USB Type-A, satu palam HDMI dan satu palam audio.

Menurut Xiaomi, siri komputer riba Xiaomi RedmiBook terbaru ini akan dijual secara atas talian di China terlebih dahulu pada 1 Jun kelak, dan akan dimuatkan dengan sistem operasi Microsoft Windows 10 Home Chinese Edition untuk pasaran tersebut.

Ketersediaan komputer riba ini untuk pasaran antarabangsa bergantung kepada keinginan pengedar tempatan untuk menjualnya.


Komen ()