Ternyata kemunculan video acah Oppo Reno 4 telah berjaya menarik perhatian ramai. Sekaligus, memberi petunjuk bahawa peranti ini bakal muncul tidak lama lagi. Oppo dijangka muncul dengan dua model iaitu Oppo Reno4 dan Oppo Reno4 Pro.
Selain perkongsian ini, kedua- dua peranti juga dikatakan telah melepasi laman pensijilan 3C dan bakal tiba dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Bagi menjawab persoalan tersebut dengan lebih terperinci, pihak Oppo telah berkongsi sebuah poster acah dan dilihat mengiyakan perkara tersebut.
Dalam pada itu, spesifikasi kedua-dua peranti bukan lagi rahsia apabila didakwa telah muncul di laman TEENA. Oppo Reno4 dikhabarkan mempunyai paparan AMOLED bersaiz 6.4-inci dengan rekaan skrin berlubang yang menempatkan dua kamera swafoto. Berbeza dengan Oppo Reno 4 Pro pula apabila ia dikatakan muncul mempunyai paparan 6.5-inci AMOLED dengan rekaan paparan berlubang bersama lensa tunggal.
Untuk dalaman peranti, kedua-duanya dikhabarkan bakal dijana pemproses Snapdragon 765G, bateri 4,300mAh dan Android 10 berasaskan ColorOS7. Tetapi, adakah ianya benar? Kita mungkin bakal mendengar pelbagai perkongsian lebih lanjut dalam masa terdekat.