Cari @ Amanz

Sony ZV-1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Julai Hadapan

Link Copied!

Semalam kamera Sony ZV-1 telah dilancarkan secara rasmi. Ia adalah kamera digital kompak yang direka khusu untuk penghasilan kandungan vlog. Bagi yang berminat untuk memiliki kamera ini di Malaysia, Sony Malaysia mengesahkan ia akan mula dijual pada bulan Julai hadapan. Buat masa ini tarikh sebenar dan harga jualan belum lagi diumumkan.

Sony ZV-1Kamera dengan sensor 1-inci 20.1-megapixel Exmor RS ini mampu melakukan rakaman video 4K pada kadar 30fps, selain video 1080p pada kadar 120fps. Turut disertakan ialah skrin LCD yang terbuka ke sisi bagi memudahkan rakaman swavideo dan juga tiga mikrofon untuk rakaman audio yang baik.

Jika ini masih belum memadai, ZV-1 turut hadir dengan bicu audio untuk mikrofon luaran. Sedikit aneh tiada sokongan untuk fon kepala dan ia masih lagi menggunakan port pengecasan mikro USB yang sudah ketinggalan zaman.


Komen ()